“Putvs Rantaian COV1D-19 Sahaja…Bukan Putvs Silaturahim” – Jasmin Hamid

Pelakon Jasmin Hamid menyifatkan 2020 adalah satu tahun yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ramai khususnya umat Islam.

Menurut Jasmin, orang ramai harus sentiasa bersyukur dan menerima ujian Tuhan dengan hati yang terbuka.

“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat berbeza cara hidup kita terutamanya semua umat Islam.

“Pada yang dah memang ada dengan kaum keluarga, bersyukurlah, dan pada yang terpisah dari keluarga, jangan bersed1h, Allah sentiasa ada dengan kita.

“Kita masih belum menang, kerajaan hanya minta kita pu tuskan rantaian c0v1d-19 ini sahaja, bukan pu tuskan silaturahim,” tulis Jasmin di Instagram.

Dalam pada itu, Jasmin juga percaya bahawa terdapat hikmah di sebalik kri sis c0v1d-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

“Lapangkanlah dada kita semua untuk menjalani ujian Allah ini dengan reda seperti orang beriman.

“Setiap apa juga ujian yang Allah turunkan, pasti ada hikmah di sebaliknya, bersangka baik dengan Allah,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Jasmin turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

Mereka juga mengambil iktibar dari detik sukar ekoran kri sis c0v1d-19.

 

 


Sumber : Gempak via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*