KUALA LUMPUR: Memanfaatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lanjutan PKP Bersyarat (PKPB), Hazama membuat kejutan kepada pembeli bertuah dengan menghantar sendiri tempahan asam laksa hasil air tangan isteri, Genervie Kam.
Hazama atau nama penuhnya, Hazama Ahmad Azmi berkata, inisiatifnya itu adalah tanda terima kasih kepada pembeli yang menyokong perniagaan kecil mereka.
“Daripada saya duduk rumah tidak buat apa-apa, apatah lagi jadual seni tidak sesibuk dahulu, mengapa tidak saya memanfaatkan masa dengan turun padang membantu isteri.
“Tetapi tidaklah semua pesanan saya hantar. Saya pergi ke kawasan yang biasa dikunjungi dan pembeli tertentu. Misalnya, pelanggan berulang sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, jelas Hazaman, dia bukanlah mahu mencari untung dan mengambil alih tugas ‘runner’ atau penghantar makanan.
“Bukanlah saya hendak ‘caras’ kerja mereka, tapi pada bulan puasa, semua orang mahu makan ketika berbuka.
“Jadi ‘runner’ tidak cukup, apatah lagi seorang penghantar barang tidak boleh memuatkan pesanan yang banyak dalam beg.
“Disebabkan itu, saya tolong menghantar laksa asam. Saya mula menjalankan kerja ini hujung minggu lalu,” katanya.Hazama berkata, dia juga bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan, Go Eat, yang diusahakan anak tempatan.
“Sambil itu, saya turut membantu mereka,” katanya yang peka dan mematuhi garis panduan ditetapkan sebagai penghantar makanan.Melihat jualan asam laksa air tangan isteri yang juga pemuzik mendapat sambutan memberangsangkan, penyanyi yang popular dengan lagu Relakan Jiwa itu tidak menolak idea membuka restoran.
“Melihat ramai pelanggan berulang membeli, malah ada yang sanggup singgah ke rumah dalam perjalanan pulang ke Seremban semata-mata hendak merasa asam laksa isteri, saya terfikir ada bagusnya kalau membuka restoran.
“Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir berniaga sebab tiada masa. Namun, selepas asam laksa isteri dipuji ramai, mungkin saya boleh kembangkan idea itu.
“Ini adalah salah satu hikmah PKP dan PKPB, saya banyak belajar ilmu perniagaan,” katanya yang seronok menerima reaksi positif pelanggan.
Hazama berkata, karier seni masih diberi fokus utama, namun sepanjang PKPB, dia lebih banyak mengisi masa membantu isteri menjual asam laksa.Sumber : BH Online via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply