“Tak Pandai Sangat Takut Kena Marah” – Mengaji Bersama, Ramai Idam Mahu Calon Macam Suami Tasha Manshahar

Penyanyi Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga dengan Raqib Majid pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 21 Jun 2019.

Terbaru, Tasha berkongsi momen manis mengaji bersama suaminya, Raqib Majid.

Tasha berkongsi momen tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.

Video pendek tersebut merakamkan Tasha sedang kusyuk mengaji di hadapan suaminya.

Menurut Tasha, dia berasa gementar setiap kali mengaji bersama suaminya.

“Setiap kali kena mengaji depan Ustaz @raqibmajid ni setiap kali tu lah jantung macam nak tercabut ya.

“Nak nak pula sekarang dah ada ustaz baby tu nak check tajwid kita. Maklumlah, saya tak pandai sangat. Takut kena marah.

“Tapi macam mana ustaz tak marah kalau perangai anak murid dia yang sorang ni alih-alih hilang fokus time ngaji astaghfirullah. Sorry ustaz. Kita mula balik ok sorry sorry,” tulisnya.

 

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramya.

 

Sumber: Gempak, Ig @ tashamanshahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*