Selepas kontr0versi berlaku antara dirinya dan kakak ipar, Nor Hidayah membabitkan dak waan memb0lot harga peninggalan arw4h abangnya, pelawak Ali Puteh mengaku hubungan antara kedua belah keluarga terputus.
Menurut Alif, niatnya untuk bersemuka bagi menjernihkan keadaan itu tidak berhasil apabila semua cara untuknya berkomunikasi dengan kakak iparnya disekat termasuklah di media sosial.
Ali berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan akur dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, Ali meluahkan rasa rindu untuk melihat wajah satu-satunya anak arw4h abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Sejak ins1den itu, hubungan kami terputus. Malah, kami disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarganya. Saya faham, selepas apa yang berlaku, situasi menjadi semakin sukar.
“Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.
“Mujur bekas pemandu arw4h memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ali berkata tiada apa yang diinginkan olehnya selain mahu melihat anak abangnya itu membesar dengan baik. Malah, Ali juga berhasrat untuk bertemu Nor Hidayah selepas tamat PKP untuk menyelesaikan segala keme1ut.
Leave a Reply Cancel reply