Lebih 433,000 Tandatangan Petisyen Bantah PKP Dilonggar

Satu petisyen membantah keputusan kerajaan melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan oleh individu yang menamakan dirinya sebagai Rakyat Malaysia Prihatin sejak dua hari lalu.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 433,000 menandatangani petisyen itu di Change.org yang mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibatalkan.

Menerusi mukadimah, petisyen tersebut meminta kerajaan tidak mengikut k3silapan beberapa negara lain yang memberi kelonggaran.

“Kami tidak mahu barisan hadapan bertambah penat. Kami tidak mahu kerajaan tunduk kepada kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan k3sihatan sosial dan k3sejahteraan pekerja,” katanya.

Salah seorang penandatangan petisyen, Mohd Faiz Mohamed berkata beliau bimbang sekiranya rantaian cov1d-19 tidak dapat diputuskan kerana segelintir rakyat masih belum mengamalkan penjarakan sosial.

 

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebahagian aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei namun berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

 

 

Sumber : cempedakcheese via Soya Lemon

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*