“Tak Lama Lagi Azura Nak Jadi Kakak,”- Isteri Datuk Jamal Abdillah Kini Hamil Anak Kedua, Tahniah!

SELEPAS dikurniakan anak perempuan pada 10 Oktober tahun lalu, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 61, bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin hamil anak kedua mereka.

Menurut Jamal yang berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi WhatsApp, isterinya kini hamil 10 minggu.

“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp.

Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.

“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanyanya.

Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

 

Sumber: Harian Metro via komedimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*