“Sepatutnya Tahun Ini Giliran Beraya Di Kampung…” – Rebecca Nur Al Islam

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 34, mendedahkan sepatutnya sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan di kampung halamannya yang terletak di Johor Bahru.

Rebecca mendedahkan perkara menerusi salah sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

“Sepatutnya this year turn Raya kampung mummy Becca di Johor Bahru sebab last year dah Raya Kuching, Sarawak, kampung suami.

“Tapi apakan daya, perancangan dari Allah swt tiada siapa yang tahu,” tulis Rebecca.

Reda dengan keadaan w4b4k c0v1d-19 yang masih belum diketahui bilakah bakal berakhir, Rebecca bersama keluarga mahu terus kekal berada di rumah sendiri dan bakal menyambut Syawal di Kuala Lumpur sahaja.

“Anda pula sepatutnya Raya tahun ni Raya ke mana? Cuba share sikit, anda sed1h tak? Ke macam mana perasaan anda?

“#MrsAzam #TetapBerSyukur #Reda #PastiAdaHikmahnya #sed1h #TapiDemiKeselamatanDiriKeluargaNegara #StaySafe #StayAtHome

“Nampak gaya Raya di Kuala Lumpur sahaja tahun ni,” tulis Rebecca.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Rebecca turut menyuarakan kesed1han masing-masing tetapi mereka juga reda dengan ujian yang sedang dihadapi oleh semua umat Islam kini.

Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 8, Nor Anggerik Renesmee, 7, Nor Aliff Al- Raffael, 4, Nor Ahmed Al- Reaggan, 1, dan Nor Aurora Riana, 1

Dalam pada itu, Rebecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 12, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 24 dan 17 tahun.

 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*