“Dah Tiga Hari Khalifah Kecil Saya Berpuasa” – Diana Danielle Puji Muhammad Tidak Tinggal Puasa

Pelakon Datin Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Pelakon Datin Diana Danielle melahirkan rasa kagum apabila melihat anak lelakinya, Muhammad, 7 tahun, sudah berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

Menerusi laman sosial Instagram, Diana berkongsi foto anak sulungnya yang lebih dikenali sebagai Chemad itu untuk tatapan umum.

“Hari ketiga berpuasa untuk khalifah kecil saya, Chemad. Saya kagum melihat dirinya penuh kesabaran dan ketabahan.

“Antara perkara-perkara kecil yang kami cuba lakukan untuk dia sentiasa bermotivasi adalah seperti sejadah dengan ukiran nama dia,” tulis Diana lagi.

Menerusi foto tersebut, Chemad kelihatan comel mengenakan kain pelikat selepas menunaikan solat di atas sejadah yang terukir nama ‘Muhammad’.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada ramai wargamaya memuji wajah comel Chemad dan kesunguhannya menunaikan ibadat puasa.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @dianadanielleb

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*