Jadi Imam Solat Terawih, Anak Rita Rudaini Tarik Perhatian Netizen

Awal Ramadan yang lalu, pelakon Rita Rudiani telah berkongsi foto bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Rita memberitahu dia dan putera-puteranya baru selesai menunaikan solat tarawih yang pertama pada malam Khamis lalu.

Rita berkata, dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Imam terawikh kami malam ni ajak selfie…Alhamdulillah. Malam Ramadhan pertama untuk kita semua, semoga diberi keberkatan.

“Di setiap kejadian ada hikmah…Selamat berpuasa semua, jangan lupa baca niat posa (puasa),” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut Rita di Instagram dan rata-ratanya menganggapnya bertuah memiliki anak sepintar Rayyan.

“Sejuk mata memandang…Semoga Imam kecil tu menjadi anak yang bakal menempah syurga buat Rita,” tulis seorang pengguna laman sosial @el_cavalieri.

 

Dalam perkongsian terbaru, Rita memuat naik fotonya bersama anak-anak dan memberitahu aktiviti mereka sepanjang Ramadan ini.

“Setiap hari setengah jam ngaji online dengan ustaz @hjzalie. Bila ada masa terluang tambah-tambah bulan puasa ni pukul 5 petang baru sibuk di dapur kan.

“Apa kata kita perbetulkan bacaan dengan orang yang lebih bertauliah. Lepas ni bila baca surah apa pon dah confident….

“Nasihat ulama terkenal, Allahyarham Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang menyarankan umat Islam supaya mengambil inisiatif mempelajari tajwid bukan sahaja menjaga kemuliaan al-Quran, tapi mengelakkan daripada dosa kerana sengaja mengabai, melanggar dan meninggalkan kaedah membaca dengan betul.

“Zaman sekarang ni senang, tak payah kayuh gerek (basikal) pergi rumah tok guru…Bole ngaji online dengn tok guru. Siapa teringin nak blajaq (belajar) boleh Whatsapp Ustaz @hjzalie . Ajak satu family, suami, anak-anak perbetul bacaan kita.

“Seronok mengaji beramai-ramai…Sambil mengeratkan lagi ikatan family,” tulisnya positif.

 

 

Sumber: Soya Lemon, IG @ritrud727

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*