“Tahun Ni Terasa Sangat Berpuasa Tanpa Arw4h…” – Hidayah Throwback Kenangan Pergi Bazar Ramadan Dengan Arw4h Abam

Ba1u arw4h pelawak Abam Bochey, Nor Hidayah Mohd. Ali mengakui terasa satu kehilangan yang cukup besar apabila terpaksa menyambut Ramadan buat pertama kali tanpa suami tercinta pada tahun ini.

Perkara itu diluahkan Hidayah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arw4h abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.’

“Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arw4h abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana,” luahnya.

Dalam posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arw4h Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.

“Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar,” coretnya.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada pengikut instagramnya. Rata-rata mereka mendoakan arw4h Abam tenang di sana dan Hidayah pula terus tabah teruskan kehidupan.



 

 

Sumber: Gempah, Ig @hidayah_abam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*