“Maafkan Mama Sepanjang Perkahwinan Ini….” – Ucapan Istimewa Almy Nadia Buat Fizz Fairuz Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6

Pelakon Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah dan Fizz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 1, serta seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Terbaharu, sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6 pada Sabtu, pelakon Datin Almy Nadia memberi ucapan istimewa buat suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Almy, 34, meluahkan rasa sed1h kerana tidak dapat memberikan hadiah atau menyambut hari istimewa itu memandangkan mereka masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Almy turut memohon maaf kerana banyak melakukan kesalahan dan berterima kasih kepada Fizz yang menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anak mereka.

“Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-6. Semoga alam perkahwinan kita sampai ke hujung ny4wa kita. Tak ada sambutan dan tak ada hadiah ya.

“Dalam keadaan yang tak mengizinkan sekarang, Insya-Allah dah selesai semua kita pergi jalan-jalan ya. Maafkan mama juga sepanjang perkahwinan ini, mama banyak buat salah.

“Maafkan mama. Mama loves you so much. Terima kasih sayang sebab jadi papa yang terbaik buat Afrina, Arianna, Aurora, Ayra dan anak syurga kita arwah Mohammad,” katanya.

Almy memuat naik status ucapan tersebut dengan bersertakan foto mereka berdua di laman Instagram.

Dia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 1, serta seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

 

Sumber: Mstar, Ig @almynadiaofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*