‘Kuba Guling’ Tetap Laris

Kuih Kerbau Guling yang menjadi sebutan setiap kali Ramadan, dijual seperti biasa namun dengan sedikit kelainan apabila tempahan dibuat melalui dalam talian.

Pengusahanya, Wan Suriana Wan Ali, 37, berkata, dia menerima lebih 100 tempahan pelbagai kuih termasuk Kerbau Guling selepas mempromosikan di laman sosial Facebook serta kumpulan aplikasi WhatsApp sejajar dengan arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia tetap menjual kuih yang berasal dari Thailand itu memandangkan mendapat permintaan tinggi sebelum Ramadan lagi biarpun mengalami kesu litan untuk mendapatkan bahan kerana ia banyak dijual di sempadan.

“Saya ada membuka premis baru di Jalan Parit Air, Rantau Panjang, memandangkan gerai dahulu tidak bersesuaian dengan keadaan PKP sekarang ini, namun mula dibuka pada jam 3 petang sebagai mana arahan pihak berkuasa.

“Bagaimana pun, mereka yang menempah awal secara dalam talian lebih disarankan kerana kami menyediakan kuih yang siap dibungkus serta dapat mengurangkan kesesakan orang yang datang ke kedai bagi menjamin keselamatan bersama.

“Alhamdulillah, pada hari pertama puasa saya menyediakan 40 dulang Kerbau Guling dan 15 jenis kuih lain yang mendapat sambutan malah habis dijual,” katanya ketika ditemui di premis kedai miliknya di Jalan Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.

Kerbau Guling atau dikenali sebagai kuih Koleh Hitam vi ral sejak 2018, selepas mendapat liputan NSTP kerana memiliki nama unik selain rasanya yang sedap dengan tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

Wan Suriana berkata terdapat juga pelanggan luar dari Rantau Panjang yang menge luh dan bersed1h kerana tidak dapat merasa kuih Kerbau Guling yang menggunakan resipi turun temurun itu, kerana terikat dengan arahan PKP.

“Pelanggan yang datang ke kedai memberi kerjasama baik dan mengikut arahan dengan menjaga penjarakan sosial malah hanya seorang wakil sahaja bagi setiap keluarga yang datang mendapatkan kuih untuk berbuka.

“InsyaAllah perniagaan kuih ini diteruskan bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang Ramadan, dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab kerana sentiasa memantau bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.

Asal Usul Kuih Kerbau Guling

Kuih “Kerbau Guling” merupakan kuih yang berasal dari Thailand. Kuih yang bahannya terdiri dari tepung beras, tepung jagung, tepung pulut, air kapur, gula, santan pekat, air arang tempurung kelapa dan kelapa parut ini dibuat semenjak turun temurun oleh penduduk kampung di Thailand kerana bahan asasnya boleh didapati di mana-mana terutamanya di kampung.
Oleh kerana Thailand terkenal dengan negeri pengeluar padi, penduduknya cuba menggunakan beras yang ditanam sendiri itu untuk membuat pelbagai jenis kuih dan termasuklah Kuba Guling.
“Kerbau Guling” yang divi ralkan sekarang nama asalnya ialah “ Khanom Peak Pun” khanom = kuih, peak= basah/ lembek, pun = kapur. Nama ini diberi berdasarkan antara kandungannya ialah kapur dan sifatnya yang lembut atau lembek.
Sekitar tahun 90an kuih ini dijual di Rantau Panjang, Kelantan oleh seorang pakcik yang berasal dari Nakhon si Thammarat Thailand dan sebenarnya “Kerbau Guling” yang divi ralkan sekarang adalah diwarisi oleh isteri dan anak-anak beliau.
Kuih ini dibuat dalam dua versi/warna iaitu warna hijau dan warna hitam. Warna hijau diambil daripada perahan daun pandan, manakala warna hitam pula daripada air yang dicampur dengan arang tempurung kelapa.
Kuih yang diberi nama “Kerbau Guling” ini dijual di merata tempat di Thailand, ada yang versi tradisional yang dimakan bersama kelapa parut, ada yang versi yang sudah di upgred dan ditambahnilai dengan pelbagai bahan, bentuk dan rupa.
Sumber: HM via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*