MALAYSIA berkemampuan menjadi antara negara melaksanakan pembangunan dan penyeli dikan vaksin koronavirus baharu (Covid-19).
Keyakinan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan perbincangan yang giat dijalankan bersama negara lain mengenai usaha membangunkan vaksin terbabit.
Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan diharap mendapat maklum balas positif.
“Setakat ini, kita sudah kenal pasti beberapa negara dan akan berhubung dengan negara terbabit. Kita akan lihat bagaimana kita dapat bekerjasama dengan mereka dari segi penyeli dikan.
“Malaysia akan menawarkan diri menjadi negara yang boleh dijadikan tempat untuk melaksanakan penyeli dikan itu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap negara akan dipilih dalam pembuatan vaksin itu.
Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta KKM bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif membangunkan vaksin Covid-19.
Beliau berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin serta mampu terus mendapatkan vaksin terbabit apabila ia siap dihasilkan.
Sumber: HM
Leave a Reply Cancel reply