Pelakon Faralyna Idris mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2 tahun.
Terbaharu, Faralyna Idris akui sudah lama tidak berjumpa dengan suaminya, Fikri yang keluar atas tuntutan kerja.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Kami lama tak jumpa, tak borak, tak makan sama-sama. Bila time Ayah kerja, Bonda tak suka kacau.
Walaupun tangan ni gatal je nak call dia setiap masa. Bila ada benda nak cakap, nak minta tolong, Bonda whatsapp je.
“Kalau penting, Bonda minta Ayah segerakan reply. Kalau tak, Bonda tunggu je bila bila Ayah nak reply. Kadang tak reply pon, sampai lah keesokkan harinye kita tu haha. Ini kalau time bercinta dulu, ha siap. Ha siap lah kau tak reply kan! Hahaha.
“Bila suami kita keluar rumah cari rezeki, kita perlu buat apa? Kita perlu relakan dengan hati yang ikhlas dan redha, doakan dia, percaya dia, sokong dia. Cukup sampai situ. Yang lain kita serahkan pada Allah SWT, sebab itu bukan kerja kita,” tulisnya.
“Jangan overthinking please. Tak baik untuk diri kita, tak elok untuk suami kita, tak bagus untuk relationship suami isteri.
“Cembvru dan curiga pada suami itu kan mcm bait-bait cinta supaya suami rasa dicintai dan ada orang pedulikan diri dia.
Tapi, cembvru dan curiga yang berlebihan tu salah, sambil mula ada fikir yang bukan bukan tu kan. Ha, aw4s! Buruk sangka pada suami itukan berd0sa. Betul tak adik? @uncle_ustaz kalau salah minta betulkan.
“Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan kita okay?” katanya lagi.
Sumber: Ig @faralynaidris
Leave a Reply Cancel reply