Pelakon dan penyampai radio Sinar, Elizad Sharifuddin dan suaminya, Shamsul Baharin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Terbaharu, Elizad meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Elizad dia bakal kembali membaca semula al-Quran untuk Ramadan ini.
Elizad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya beserta gambarnya bersama suami sambil memegang al-Quran.
“Alhamdullillah , I got a chance to khatam al-Quran sepanjang PKP ini sambil-sambil bekerja di rumah (WFH) . Insya-Allah esok boleh mula muka baru pula untuk Ramadan tahun ni .
“Macam tak percaya lusa dah nak puasa . May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada pengikut instagramnya.
Sumber: Ig @elizadsharifuddin
Leave a Reply Cancel reply