“Selama Ni Tengok Berita Je, Tup-Tup… “Dr Say Kongsi Pengalaman Pakai PPE, Jadi Frontliner Red Zone

Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril melahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasratnya untuk menjadi sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan akhirnya tercapai.

Menurut Dr. Say dia telah ditempatkan di kawasan zon merah iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan telah memulakan tugasan pertamanya semalam.

Menerusi akaun Instagramnya, Dr. Say berkongsi perasaannya sepanjang menjalani tugasan sebagai frontliners termasuklah pengalamannya sewaktu menyarungkan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE).

“Saya ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita hari ini, pasar borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera dan polis, cukup menye ramkan.

“Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment).

“Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield. Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yang dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari dan anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond.

“Cukup panas dan sesak! Atas sebab inilah masa yang dihadkan kepada mereka yang memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan.

“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggVsarkan. Sebab kita tak tahu apa yang nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel.

“Bayangkan selama ni kita tengok dan dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tup arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yang mungkin salah sorang ni ada wa bak mavt ni ape perasaan korang?

“Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak dan bini, tak ke menakvtkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik,” kongsinya.

Bagaimanapun, Dr. Say mengakui dengan adanya rakan-rakan barisan hadapan lain membuatkan dirinya semakin bersemangat.

“Akan tetapi saya sangat bertuah dikelilingi team yang cukup supportive dan helpful. Pertama kali saya nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama.

“Kecuakan saya tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice I can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps.

“Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yang saya experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!” tulisnya.

Terdahulu, Dr. Say tugas sebagai seorang sukarelawan bersama dengan Mercy Malaysia.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*