Tinggal Di Rumah Yang Berbau & Kotor, Ebit Lew Nangis Tengok Kehidupan Seorang Pakcik Bersama Belasan Anak

Nama penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sangat dikenali disebabkan perwatakannya yang suka membantu golongan yang tidak bernasib baik terutamanya ketika wab4k Covid-19 melanda.

Terbaru, Ebit sanggup turun ke Alor Setar, Kedah walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menghulurkan pertolongan kepada keluarga seorang lelaki uzur yang menghidap penya kit str0ke.

Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan di Facebook Ebit menampakkan kevzuran kediaman yang didiami datuk bersama cucu-cucunya.

“Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok str0k. Bav dan kot0r sangat.

“Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini hari ini saya dah tak boleh tahan menangis je.

“Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takda orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takpelah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

“Saya bawa pakcik pindah ye. Nak? Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar,” tulisnya.

Tambah Ebit dia tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi tidak menjumpai sebuah rumah yang sesuai untuk keluarga besar ini.

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yelah saya faham. Hati saya sedih sangat.

“Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insya-Allah dan selagi mereka sesuai di situ.

“Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

“Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua,” tulis Ebit.

 

Dalam pada itu, menerusi posting berbeza Ebit berkongsi berita gembira apabila berjaya menyewa sebuah rumah yang berharga RM800 sebulan dan akan menyediakan keperluan untuk keselesaan hidup keluarga tersebut.

“Setelah saya menangis air mata rasa bahagia sangat..Setelah berbelas tahun mereka hidup begini, tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah..

“Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. Insya-Allah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

“Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

“Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hi ba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

“Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.

“Pakcik yang str0ke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

“Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur di tepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Ebit tampil membantu seorang lelaki kurang upaya, Pakcik Ismail yang kehilangan sebelah kakinya ketika sedang mencari besi bagi menampung keluarganya sewaktu tempoh PKP.

 

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*