COVID 19: Malaysia Catat Kadar Kesembuhan Tertinggi Di Asia

Kes COVID-19 di Malaysia telah menunjukkan perkembangan positif apabila hampir 60 peratus kes telah disahkan sembuh sepenuhya.

Jumlah ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kadar kesembuhan tertinggi di Asia.

Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya malam semalam.

“Statistik terbaru menunjukkan lebih 2.3 juta dijang kiti v1rus COVID-19 dan 31% berlaku di Amerika Syarikat.

“Turki, negara paling terjejas di Timur Tengah.

“Di Asia, kadar kesembuhan di Malaysia adalah tertinggi iaitu sebanyak hampir 60 peratus dan kemat1an tertinggi di Indonesia iaitu sebanyak 535,” katanya.

Untuk rekod, hingga kini Amerika Syarikat masih di kedudukan pertama iaitu 734,55 kes dengan jumlah 37,835 kematian.

 

Foto: Google

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*