Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan pendekatan itu penting dalam memutuskan rantaian penu1aran jangk1tan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian kerana berasa khvatir masyarakat mulai alpa lalu mengambil mudah PKP susulan penurunan jumlah kes positif Covid-19
Walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif, namun masyarakat masih perlu berada di rumah, mengamalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 pada Sabtu.
Tambah Dr Noor Hisham, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes Covid-19 melalui maklumat yang diperoleh dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Dr Noor Hisham juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dalam menghadapi wab4k Covid-19 di Malaysia selama tiga bulan sejak kes pertama dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Kr1sis (CPRC) Kebangsaan, KKM.
Pada Sabtu, Malaysia mencatatkan pertambahan 54 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangk1tan v1rus itu sebanyak 5,305 kes.
Daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes aktif dengan keboleh jangk1tan Covid-19 adalah 2,115 kes.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply