“Ada Yang Sebulan Tak Balik Rumah” – Zara Zya Beranikan Diri Turun Padang Bantu ‘Frontliner’

Kagum semangat petugas barisan hadapan yang bekerja keras membendung penul4ran wab4k Cov1d-19, pelakon Zara Zya sanggup turun padang bertemu mereka sebagai tanda penghargaan.

Menurut Zara, dia seb4k apabila mengetahui ada dalam kalangan petugas sudah hampir sebulan tidak bertemu keluarga demi menyelamatkan masyarakat daripada dijang kiti wab4k itu.

“Menerusi kempen misi prihatin Cov1d-19, saya selaku ikon turun padang memberikan sumbangan kepada barisan frontliner termasuklah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

“Bukan sumbangan semata-mata, tapi nak beri semangat kepada mereka yang bekerja siang malam membantu menyelamatkan negara kita.

“Apabila saya berjumpa mereka, semuanya gembira… malah ada beritahu hampir sebulan tak balik rumah,” katanya kepada mStar.

Zara bertemu frontliner dan melawat salah satu pusat kuarantin, baru-baru ini.

Sementara itu, Zara berkata selepas ini pasukan mereka merancang untuk menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di kawasan pedalaman pula.

Malah, misi bantuan prihatin ini akan tetap diteruskan selepas Cov1d-19 berakhir.

“Hari itu kami baru saja pulang dari Melaka mel4wat tempat kuarantin, sekarang ini kita rehat dulu untuk elakkan kerap keluar.

“Tapi saya tak pergi zon merah atau red zone… saya hanya singgah kawasan zon kuning. InsyaAllah lepas ni kita akan pergi tempat lain pula.

“Mungkin di kawasan lebih terpencil sebabnya Zara Prihatin sentiasa nak mencari dan membantu orang terutamanya mereka yang susah dapat bantuan,” ujarnya.

Sehingga kini, Zara Prihatin berjaya mengumpul wang kutipan hampir RM30,000 menerusi Kempen RM1 Untuk Misi Prihatin Cov1d-19 bagi membantu petugas barisan hadapan.

Zara Prihatin merupakan projek di bawah naungan Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan dengan kerjasama, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Briged Kesenian APM dilancarkan sejak 20 Mac lalu.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*