Sebuah mesin memasak pelbagai guna yang dikenali sebagai Thermomix TM6 menjadi tu1ar di laman sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Mesin Thermomix TM6 berfungsi sebagai satu periuk serbaguna yang boleh melakukan kerja-kerja meng1sar, mengukus, mengadun serta memasak.
Difahamkan berharga lebih RM7,000, mesin serbaguna yang dikatakan boleh memberi akses kepada 50,000 resipi ini pastinya memudahkan urusan memasak terutamanya sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang personaliti yang popular dengan aktiviti masakan, Ben Safwan berkongsi pendapatnya tentang alat memasak ini.
“Kalau anda jenis duit banyak boleh beli tunai, masih tiada pengisar, pengukus, pengadun, dapur gas, tak kisah pasal kualiti rasa, seorang yang sihat, memang saya cadang anda beli,” tulisnya menerusi satu hantaran.
Namun dalam keterujaan orang ramai ingin memiliki Thermomix ini, Ben turut memberikan beberapa faktor nega tif mesin ini yang boleh membuatkan wargamaya berfikir dua kali.
“Anda tak boleh goreng ayam dan goreng ikan dalam Thermomix TM6 ni sedangkan itu antara menu harian.
“Dan jangan silap, ia bukan macam anda fikirkan. Masukkan bawang, masukkan ayam, masukkan perasa sekali harung terus siap. Bukan begitu.
“Tetap ada step by step. 50,000 resepi tu dalam pelbagai bahasa. Anda cari resepi rendang daging contohnya, dia keluar resepi, anda kena sediakan dulu bahan dan masukan ikut step ke dalam balang.
“Saya takut dari banyak-banyak fungsi, akhirnya yang anda guna ialah pengisar sahaja,” tulisnya lagi.
Tambah Ben lagi, dia menasihati orang ramai agar tidak berhabis duit untuk mengikut trend.
Malah, kualiti masakan juga tidak sama jika dibandingkan dengan memasak menggunakan dapur gas.
Leave a Reply Cancel reply