Bapa Terpaksa ‘Korek Tabung’ Bayar Den da Anak Ingkar PKP

Umum mengetahui sejak 8 April lalu, p0lis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan k0mpuan RM1,000  terhadap mereka yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, ramai yang masih berdeg1l atau menganggap nilai denda tersebut terlalu kecil buat mereka.

 

Bagaimanapun, seorang pengguna Facecook, Siti Rohaiza berkongsi kisah sedih apabila menerima bayaran k0mpaun daripada seorang bapa yang membayar den da bagi pihak anaknya.

Siti Rohaiza yang berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan memberitahu lelaki itu membayar den da menggunakan syiling dan helaian wang RM1.

Menurut Rohaiza, dia sempat bertanya kepada lelaki itu mengenai wang yang tebal itu namun jawapan yang diberikan meruntun hatinya.

“Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Jenuh Iza nak mengira. Bila ditanya jawapannya “korek tabung”. Sentap hati ni dengar,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Rohaiza menasihati anak-anak dan golongan remaja agar duduk di rumah dan jangan menyusahkan ibu bapa yang terpaksa menghabiskan wang membayar den da mereka.

 

 

 

Sumber : cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*