Siti Nurhaliza Tubuh Dana PKP, Bantu Frontliner Dan Orang Ramai

Penyanyi terkenal negara dan usahawan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif untuk membantu pejuang petugas barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi penu1aran w4bak Covid-19 dalam negara.

Justeru itu, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd telah menubuhkan pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza. Dana ini, objektifnya dibahagikan mengikut kategori.

“Sebagai langkah permulaan, kami mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000.

“Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.

“Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menent4ng Covid-19 sekarang. Terima kasih Malaysia. #KitaJagaKita,” katanya.

Berikut merupakan kategori yang dibahagikan:

1.PEDULI- Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat peru batan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa  segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.

2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan.  Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyak1t kr0nik.

3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.

Bagi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian lanjut mengenai dana itu, Siti akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.

Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:

Razer (Molpay): RM1/transaction

Paypal: 3.9% + RM2/transaction

E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.

Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.

Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.

Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ‘n Go).

Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran. #DanaPKPSitiNurhaliza

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*