Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tempoh penting yang berupaya menamatkan penu1aran wab4k COVID-19 di Malaysia.
Menerusi satu sidang media, Dr Noor Hisham berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada perkembangan statistik semasa penu laran wa bak terbabit.
“JP Morgan sebelum ini jangkakan Malaysia bakal berdepan peningkatan kes menda dak sebanyak 6,300 kes 14 April, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.
“Jadi saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 pada 14 April adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua,” katanya semalam.
Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha untuk meratakan lagi lengkung kes, bukan hanya oleh Kementerian Kesihatan.
“Jika kita boleh lakukannya, ada kemungkinan kita akan terus mengurangkan kes, bukan hanya meratakan lengkung tapi mungkin menamatkan COVID-19 di negara ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Leave a Reply Cancel reply