“Saya Dah Tunjuk Gambar Zayn Malik, Tapi Jadi Lain” – Rezeki ‘Rambut Songkok’, Dari Kerja Di Tadika Bakal Ke Bank Negara

Muncul di kaca televisyen dua minggu lalu sebagai penyamar bersuara sumbang membuatkan penonton tak kering gusi selepas melihat aksinya menyanyikan lagu Naim Daniel dan Tuju.

Bukan sahaja mempunyai personaliti yang menghiburkan, netizen turut terhibur dengan gaya rambut penyamar tersebut yang berbentuk songkok!

Mengulas lebih lanjut kepada mStar, Amirul Ariffi Hamzah yang merupakan seorang pelukis mural memberitahu rambut membentuk songkok itu disebabkan tersalah potong.

“Seminggu sebelum sesi rakaman, saya tersalah potong rambut.

“Saya siap tunjuk gambar Zayn Malik, tapi bila dah siap lain jadinya. Terpaksa saya letak segala krim rambut untuk bagi rambut tumbuh,” ujar Amirul secara berseloroh.

Dia juga sudah menjangkakan untuk menerima segala krit1kan daripada juri dan penonton disebabkan tiada bakat untuk menyanyi.

“Masa audition, mereka ada suruh saya menyanyi elok-elok, tetapi saya bagitahu yang ini memang suara sebenar saya.

“Mereka juga tanya saya tak kisah ke kalau penonton gelakkan persembahan saya, tapi saya tak kisah pun sebab saya anggap itu hanya sebuah program realiti hiburan,” ujar pemuda berusia 25 tahun itu.

Baru-baru ini, tweet Amirul tular di Twitter dengan mendapat 17,000 retweet berkenaan pekerjaannya yang melukis mural sepenuh masa.

“Saya tak sangka jadi viral, setiap hari tak berhenti pelanggan mesej saya untuk tempah slot lukis mural.

“Buat masa ini saya hanya terima terlebih dahulu tempahan namun tidak boleh menetapkan tarikh memandangkan arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kali pertama juga saya dapat tawaran lukis mural daripada syarikat besar antaranya Bank Negara, stadium bola se pak dan Astro,” jelas Amirul yang sebelum ini kerap melukis mural di tadika, kafe dan kondominium.

Amirul yang mengambil tempahan melukis mural di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor memberitahu bahawa dia telah mula melukis sejak berusia 15 tahun.

“Da rah seni tu memang ada dalam badan saya. Ibu dan ayah merupakan cikgu seni. Kami tiga beradik pun pandai melukis.

“Sewaktu SPM, diploma, dan ijazah saya mengambil jurusan yang berkaitan dengan seni,” tambah Amirul yang merupakan alumni jurusan Pendidikan Seni dan Senireka, Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

Anak kedua daripada tiga beradik ini turut memberitahu bahawa sudah sebulan dia tidak membuat lukisan mural berikutan arahan PKP sehingga 28 April.

“Terdapat beberapa tempahan yang tergendala disebabkan PKP. Saya dah pergi tengok site dan dah beli cat, terpaksa tangguh terlebih dahulu.

“Ada juga pelanggan yang dah bayar deposit yang membatalkan terus tempahan,” jelas Amirul.

Dalam pada itu, menjadikan pekerjaan tetapnya sebagai pelukis mural, Amirul turut mendedahkan bahawa dia sering dipandang ser0ng oleh masyarakat.

“Ada yang ingat saya ni hanya melukis mural selepas tamat sekolah dan tidak mempunyai pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.

“Pernah sekali, pelanggan saya tak jadi nak lukis mural sedangkan saya dah buat separuh jalan dan ada juga yang meminta harga yang murah selepas lukisan siap dibuat.

Tweet saya yang viral tu, ada seorang ni mesej saya. Ingatkan nak buat tempahan, rupa-rupanya tanya saya boleh cari makan ke dengan lukis mural?” ujar Amirul yang kece wa dengan segelintir mentaliti rakyat Malaysia yang memandang rendah karya seni.

Perkongsian Amirul sehingga kini telah mendapat 17,000 retweet dan 13,200 tanda suka daripada netizen.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*