“Moga Allah Lindungi Anak Umi… “- Sambut Hari Jadi Ke-30, Ardell Luah Sesuatu Di Instagram

Pelakon Ardell Aryana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nadzmi Adhwa pada 1 September tahun lalu.

Semalam merupakan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-30 Pelakon Ardell. Ardell meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menyambut ulang tahun kelahirannya pada tahun ini.

Menurut Ardel dia sangat menghargai apa yang dikurniakan kepadanya sepanjang usianya termasuk dikurniakan ibu mertua yang sangat baik.

“Alhamdulillah Allah pinjamkan umur sehingga capai angka umur 30, syukur syukur ! Sepanjang perjalanan hidup sehingga harini , ujian satu demi satu menghimpit walau ia tidak terhenti disini sekurangnya pernah sampi ketahap ini .

“Alhamdulillah Allah bagi saya merasa menjadi seorang isteri bagai satu mimpi .

“Alhamdulillah Allah bagi peluang saya masih bersama seorang ibu yang tabah serta adik beradik & ipar duai yang saya amat kasihi .

“Alhamdulillah Allah beri saya rezeki memiliki keluarga mertua yang sangat baik & penyanyang pada saya,” tulisnya Ardell di Instagram miliknya.

Selain itu, Ardel turut meluahkan rasa keterujaannya untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah Allah beri saya peluang merasai menjadi seorang wanita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi inshaallah ( semoga Allah lindungi anak umie selalu sehingga lahir dan sehingga akhir hayat awak ) dah lapan bulan, tak sabar nak lihat awak wahai malaikat kecil.

“Semua yang terjadi sehingga kini seperti aku memerhatikan dari jauh seolah ianya mimpi dan angan-angan yang cukup indah, tapi tidak Allah beri rasa indah ini dan ia adalah reality,” katanya lagi.

 

 

Perkongsian Ardell itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya itu. Rata-rata mereka mengucaokan selamat hari jadi kepada Ardell.

 

 

 

Sumber: Ig @ardellaryana

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*