Simpati dengan nasib guru aga ma yang hilang sumber pendapatan akibat penu1aran wab4k Covid-19, Pencetus Ummah (PU) Amin berkata dia terpanggil untuk membantu golongan tersebut.
PU Amin mendedahkan ada antara mereka berdepan kesempitan hidup kerana tiada upah pekerjaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Justeru itu, dia terpanggil untuk berkongsi rezeki dan membantu meringankan beban pendidik yang juga merupakan sebahagian tenaga pendak wah aga ma Is lam.
“Tak sanggup nak baca kisah mereka! Susah hidup sebagai guru aga ma, ada nak makan tak cukup duit, pampers anak tak boleh beli, gaji, elaun tak ada.
“Mereka ikhlas buat kerja aga ma dan saya harap dengan bantuan ini dapatlah saya berkongsi berkat ilmu mereka semua.
“Saya berkongsi sedikit rezeki ini tanda terima kasih atas usaha mereka menjalankan kerja dak wah dengan ikhlas dan semoga ada sedikit senyuman buat mereka,” katanya.
Menyedari masih ramai yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan pinggir bandar dan kampung-kampung, PU Amin berkata dia sedang mencari lebih ramai lagi guru aga ma yang memerlukan bantuan.
“Saya bajet tak banyak dalam RM20,000 sahaja dan kita sudah serahkan kepada hampir 40 penerima.
“Besar harapan dapat beri lagi bantuan wang tunai ini kepada mereka terutamanya guru-guru aga ma, ustaz dan ustazah yang menghabiskan masa berdak wah dengan mengambil sedikit upah untuk menyara hidup mereka sebelum ini,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi laman Instagram, PU Amin turut berkongsi foto aktiviti semasa menyerahkan bantuan kepada beberapa individu yang memerlukan.
Tindakannya itu menerima pujian pengikut sehinggakan ada yang meluahkan perasaan se bak apabila mengetahui masih ada masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.
“Alhamdulillah… kita bernasib baik dari orang susah dan bersyukur Allah baru duga kita sedikit belum lagi dengan pepe rangan dan kemiskinan seperti negara lain.
“Syukur PU Amin membantu… rasa sebak tengok gambar ini semua,” kata pengikut.
Sumber: Mstar, Instagram PU amin
Leave a Reply Cancel reply