9Pelakon Rita Rudaini mended4hkan dihujani mesej peribadi (DM) di Instagram ekoran kenyataannya mengenai perkahwinan dengan lelaki berusia lebih muda di sebuah akhbar baru-baru ini.
Rita, 42, berkata, mesej yang diterimanya adalah dalam kalangan lelaki muda yang mengajaknya keluar malah ada berani melamarnya untuk dijadikan pasangan hidup.
“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram.
“Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar… Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya kepada mStar Online.
Rita ditemui pada majlis pelancaran drama web Projek Dapat Baby yang diadakan pada Khamis.
Siri lapan episod itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Azhar Sulaiman, Louisa Chong, Aida Khaleeda dan Fikri Ibrahim.
Ia bakal menemui penonton di Youtube pada 30 Julai ini.
Dalam pada itu, Rita berkata, dia tidak melayan mesej yang dihantar kepadanya kerana tidak berminat untuk menjalinkan hubungan buat masa ini.
Malah kata ibu kepada dua cahaya ini, dia selesa dengan kehidupannya sekarang dan seperti sebelum ini dia masih belum terbuka hati untuk mencari pengganti.
“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu… Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian.
“Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.
Terbaru Rita Rudaini berkongsi gambar di instagramnya
Ape ni kaaa… ni Nana punya
Dia punya edit memang nampak real habis!!
Hahahaha.. kak ritaaa move onlah plisss..
Winnn…
Sumber : Mstar via IG RitaRudaini
Leave a Reply Cancel reply