KETEPIKAN hobi berbelanja, Wani Kayrie memberitahu dia kini mula belajar dan membiasakan diri untuk membuat simpanan wang daripada pendapatannya.
Menurut Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, ibunya turut mengajar cara menyusun kewangan dengan betul supaya boleh digunakan dalam situasi kecemasan kelak.
“Saya pernah sampai satu tahap duit dalam bank berbaki RM100 akibat suka berbelanja dan saya tak tahu nak buat apa dengan duit itu. Sejak itu juga, saya mula menyimpan duit.
Wani kini lebih berjimat dan hanya berbelanja untuk keperluan sahaja.
“Saya belajar dan membiasakan diri sebab mama pun akan suruh setiap duit yang saya dapat dibahagi dahulu jumlah yang besar untuk terus simpan dan jumlah kecil baru digunakan untuk berbelanja.
“Dalam situasi macam ni pula, saya rasa memang nak beli semua benda tapi saya habiskan RM200 untuk membeli barangan keperluan dapur yang boleh digunakan sampai dua minggu ke hadapan. Kita beli yang perlu saja, jangan membazir,” katanya kepada mStar.
Bercakap mengenai kerjayanya pula, penyanyi berumur 20 tahun itu berkata dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dia masih dapat meneruskan kerja yang boleh dilakukan secara dalam talian.
Malah, Wani bersama syarikat rakamannya iaitu Suria Record (SRC) turut membuat kandungan Instagram terbaharu bertajuk ‘Lepak Santai’ bersama selebriti dan tokoh masyarakat Malaysia.
“Alhamdulillah walaupun kita semua duduk di rumah, kerja saya masih ada macam kena buat online review. Sekarang saya dan Suria Record tengah buat kandungan Instagram terbaharu yang bertajuk lepak santai yang bermula pada minggu lepas.
“Ia merupakan sesi siaran langsung bersama selebriti dan tokoh masyarakat Malaysia. Selalunya saya akan bertanya mengenai 1su semasa seperti pengetahuan menegnai Cov1d-19 dan aktiviti yang diorang buat sepanjang tempoh PKP ini.
“Sebelum ni saya bersiaran bersama Zizi Kirana, Sarah Suhairi dan paling istimewa dengan Datuk Rossa pada malam semalam (Khamis),” katanya.
Wani setuju sekiranya PKP dilanjutkan demi keselamatan seluruh rakyat.
Dalam pada itu, Wani turut bersetuju sekiranya tempoh perlaksanaan PKP dilanjutkan demi mencegah penularan wab4k Cov1d-19 itu terus mereb4k.
“Kalau dilanjutkan saya rasa benda tu tak buruk pun sebab bila kita tengok statistik setiap hari, dan kalau kita lanjutkan lagi tempoh PKP ini InsyaAllah kes tersebut akan menurun secara perlahan.
“Kalau kerajaan lepaskan kita bekerja balik, saya rasa statistik itu akan terus bertambah. Jadi, biarlah kita duduk di rumah selamat daripada kita keluar menyebarkan peny4kit itu lagi,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply