Budaya perkahwinan di negara ini mungkin akan berlaku perubahan terutama pada tahun ini susulan penul4ran wab4k COV1D-19, lapor Awani.
Bagaimanapun pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman berkata, selama ini pun telah menjadi kelaziman untuk pasangan melakukan yang wajib iaitu pernikahan.
“Bila ada yang mengatakan majlis kecil-kecilan, adakah ini satu budaya baharu? Bagi saya tak ada masalah sama ada budaya baharu ataupun tidak.
“Sebab sebelum PKP (Peritah Kawalan Pergerakan) pun kita bukan jemput satu Asia sebab apa yang perlu difokus dan dipentingkan di sini adalah soal keselamatan dan ny4wa.
“Lebih besar daripada isu kita nak berseronok buat majlis besar-besaran dengan pelbagai agenda pada majlis tersebut.
“Sebelum PKP pun, ada sebilangan orang yang budayanya buat akad nikah atau buat majlis kecil-kecilan kemudian setahun, dua tahun, atau apabila dah anak umur dua atau tiga tahun, anak itu pula sempat terima jemputan mak ayah ‘kahwin’ (majlis), baru dia buat kenduri atau majlis besar-besaran,” katanya kepada Astro AWANI.
Malah jelasnya, setiap pasangan yang bakal berkahwin mahupun ahli keluarga mereka perlu mendepani dvgaan ini secara positif.
Leave a Reply Cancel reply