Drama Akhir Luar Biasa, Penonton Mohon Ada Budak Tebing 2!

Jika drama Kampung People mendapat sambutan luar biasa penonton kerana ceritanya yang menampilkan kelainan, kini giliran drama Budak Tebing pula meraih respon positif ramai dimana tidak kira usia layan drama berkenaan.

Sebelum ini, kekasih kepada pelakon utama drama berkenaan, Adam Lee iaitu Sweet Qismina ada memuji lakonan yang meny3ntuh perasaan dirinya, sebenarnya ramai lagi selaku penonton setia drama berkenaan telah memberikan pelbagai maklum balas yang baik tentang drama bersiri itu.

Sweet Qismina puji lakonan kekasih sebagai watak Arif

Pun begitu, telah dimaklumkan bahawa pada malam tadi merupakan episod terakhir drama Budak Tebing yang bersiaran di TV3, Slot Lestary pada pukul 9 malam.

Budak Tebing episod akhir

Ternyata, episod akhir yang mewarnai kaca televisyen selama 13 episod ini mendapat sambutan luar biasa penonton yang turut menontonnya menerusi laman YouTube TV3 Malaysia Official.

Seperti yang sedia maklum, selain Adam Lee yang memegang watak sebagai Arif, pelakon lelaki yang sejak dari zaman kanak-kanak popular iaitu Aedy Ashraf juga tak kurang hebatnya apabila dia membawa watak sebagai Tongki.

Bukan itu saja, lakonan mantap daripada kedua pelakon muda wanita ini juga mendapat pujian ramai iaitu Bella Dowanna dan Eyka Farhana.

 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di YouTube juga rata-rata penonton drama ini mengharapkan agar pihak terlibat turut menghasilkan drama ini untuk siri kedua pula.

Sumber : YouTube TV3 Malaysia Official via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*