Didak wa Makin Kurus & Tidak Ceria Seperti Selalu… Ini Respon Isteri Aliff Syukri

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida sering berkongsi resipi masakan kepada pengikutnya di Instagram (IG).

Terbaru, Shahida menunjukkan cara menyediakan penkek labu untuk dihidangkan kepada anaknya, Yusof Al Qardawy dan Ameena sebagai juadah minum petang.

“Resipi penkek Labu!! Kalau budak-budak ni ada kat rumah memang kejap-kejap dorang cari makan termasuk la kenit 2 orang ni pantang tengok orang melangkah ke dapur.

“Tau-tau je dah ada kat belakang kita. Jadi hari ni saya masakkan penkek Labu untuk Yusoff dan Meena untuk minum petang dorang.

“Lagu tak de kena mengena dengan sesiapa ni memang lagu kegemaran saya okey,” tulisnya di sebuah entri.

Walaubagaimanapun, rakaman tersebut mencur1 perhatian warganet apabila ada yang mendak wa Shahida kelihatan semakin kurus.

“@nurulnorazie: Napa Datin makin kurus? Hmm anak-anak awak sangat comel la.

“@queenladi8: Datin sangat kurus sekarang.

Shahida tidak berdiam diri lantas memberikan jawapan.

“Saya puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni,” balasnya.

Dalam pada itu, ada segelintir yang menyatakan wajah Shahida tidak seceria seperti sebelum ini.

“Muka Datin sekarang nampak tak ceria macam dulu la. Saya harap Datin selalu di bawah lindungan Allah,” tulis seorang penggguna.

“Saya ceria. Saya puasa jadi nampak letih,” jawab Shahida.

 

Kisah rumah tangga Aliff dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Baru-baru ini, kec0h apabila surat tuntutan cer4i dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram (IG).

Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*