Pelakon Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 24, yang mengalami aut1sme.
Pasangan itu turut mempunyai dia lagi anak lelaki lain, Muhammad Naim Azrai, 17, dan Muhammad Adam Azrai, 14.
Terbaharu, Zarina mengakui dia masih belum faham dengan kehendak dan ragam anak lelakinya yang aut1sme, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil.
Menurut Zarina, disebabkan anaknya yang tidak boleh bercakap itu, adakalanya menyebabkan dia sukar menguruskan Azil yang kini sudah berumur 24 tahun.
“Maafkan ibu Azil, kadang-kadang ibu m4rah Azil, ibu tak faham keadaan Azil, ibu tak ikut kehendak Azil, ibu sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana dah.
“Ibu doa sahaja semoga Azil akan tenang selalu sebab ibu walaupun dah 24 tahun hidup dengan Azil sampai hari ini pun masih gagal lagi,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Biarpun begitu, kata Zarina, kasih sayang terhadap anaknya tidak pernah berbelah bahagi.
“Ibu sayang Azil, sayang yang tak ada had…Azil anak ibu limited edition (edisi terhad).
“Kalaulah Azil boleh cakap apa agaknya yang Azil nak luahkan pada ibu,” katanya yang turut berkongsi video memaparkan ragam anaknya itu.
Perkongsian Zarina itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata meminta dia agar terus bersabar.
Sumber: Ig Zarina Zainuddin
Leave a Reply Cancel reply