Penyanyi Siti Sarah telah berkahwin dengan pelawak Shuib pada Februari 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terbaharu, Siti Sarah telah berkongsi satu video bagaimana untuk membuat roti canai yang dimuat naik di laman instagram miliknya.
Dalam video tersebut, Sarah bukan sahaja menunjukkan cara-cara membuat roti canai tetapi turut menceritakan kisah megenai bapanya, Raisuddin Hamzah yang pernah menjual roti canai untuk menyara keluarga ketika kegawatan ekonmi pada tahun 1997.
“Roti canai, masa gawat 1997 dulu, Abah antara orang yang kehilangan kerja, untuk besarkan kami anak beranak, roti canai lah yang Abah jual untuk besarkan kami,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada para pengikutnya. Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kepandaian Sarah menebar roti canai.
Sumber: Ig Siti Sarah
Leave a Reply Cancel reply