Zulin Aziz Belanja Makan 10 Keluarga Follower Instagram Sambil Bantu Peniaga

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dapat dinafikan banyak perniagaan yang mungkin terjejas pendapatan mereka.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan berikutan 1arangan dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, ramai sebenarnya dalam kalangan selebriti sendiri cuba menghulurkan bantuan kepada pengikut-pengikut mereka dengan menyediakan perkhidmatan review produk perniagaan secara percuma.

Begitupun, lain pula kisahnya dengan pelakon dan pelawak Zulin Aziz yang cuba membantu peniaga kedai makan dengan membuat pembelian untuk diberikan kepada pengikutnya di Instagram.

“Saya pesan makanan untuk 10 keluarga dekat @meknoornasidagang. Kita support mereka berniaga, kita belanja followers saya makan. Sesiapa yang meniaga pun boleh DM saya okay,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Zulin lagi, sebagai permulaan, dia akan mengedarkan makanan tersebut bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang terlebih dulu.

“Saya nak belanja makan 10 keluarga nasi dagang dan nasi kerabu.

“Siapa yang tinggal kawasan Kuala Lumpur dan Selangor boleh komen bawah ni SAYA NAK. Saya minta team saya pilih. Minta maaf, untuk esok 10 keluarga dulu sebab penuh. Kita buat peringkat-peringkat okay?,” katanya.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @zulinaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*