Hasilkan Gaun PPE Warna Putih Bukannya Biru Atau Hijau, Ini Penjelasan Jovian Mandagie

Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie tidak ketinggalan membanting tulang untuk menghasilkan baju Pelindung Diri Personal (PPE) untuk kegunaan pejuang barisan hadapan pandemik COVID-19.

Uniknya, PPE yang dijahit Jovian berwarna putih dan bukannnya biru atau hijau seperti kebiasaan.

Jovian bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri mengapa PPE keluarannya berwarna putih bersih.

“Kami mengambil keputusan untuk menghasilkan gaun PPE berwana putih sebagai simbul ketulusan dan kesucian hati para petugas barisan hadapan kita.

“Ketika kita semua duduk di rumah dengan selamat mereka di luar sana bertarvng ny4wa melawn pandemik COVID-19 di negara ini.

“Hanya inilah cara kami menghargai jasa pah lawan-pah lawan kita di luar sana yang sedang berk0rban segalanya,” katanya menerusi sebuah posting di Instagram pada tiga hari lalu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata mereka memuji hasil ciptaannya itu kerana hasilnya yang cantik dan bukan ala kadar.

 

Sumber: IG Jovian Mandagie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*