“Ya Allah Tergerak Ma1u Dalam Hati…” – Anak Luah Mahu Pakai Hijab, Vicha Ma1u Dengan Diri Sendiri

Pelawak Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman telah mula membina nama di Malaysia sejak penglibatannya dalam Maharaja Lawak Mega pada 2013 bersama kumpulan SayWho.

Vicha yang merupakan ibu tunggal mempunyai tiga anak iaitu, Aurel Angelina Khezya, 11, Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8, yang kini menetap di Bandung, Indonesia.

Terbaharu, Vicha telah meluahkan rasa ma1u dengan diri sendiri  selepas anak-anaknya menyatakan hasrat mereka untuk mengenakan hijab.

Menurut Vicha, sebagai seorang ibu, dia sepatutnya menjadi contoh buat puteri-puteri kesayangannya.

“Anak sulung saya DM di Instagram beritahu nak pakai tudung atau mahu berhijab. Ya Allah ibu mana yang tak gembira, lepas kakaknya minta, terus anak yang kedua WhatsApp cakap nak pakai hijab juga.

“Ya Allah tergerak ma1u dalam hati dengan anak-anak. Kenapa anak-anak je boleh berfikir mahu pakai hijab, kenapa saya sebagai seorang ibu tidak memulakannya terlebih dulu,” luah Vicha di instagram.

Dalam pada itu, katanya dia berharap dapat bertemu dengan anak-anaknya untuk menyambut Ramadan bersama-sama di Kuala Lumpur.

“Ya Allah, semoga masalah Covid-19 ini cepat selesai. Rindunya dengan mereka tapi macam mana saya kena cari rezeki di sini untuk mereka juga.

“Doa saya tak pernah berhenti agar Allah jaga anak-anak saya yang jauh di sana. Insya-Allah bulan puasa ini kita kumpul lagi di Malaysia seperti tahun lepas,” katanya.

 

 

Sumber: Ig Vicha Barbie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*