Umum tahu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara bagi membendung penu1aran wab4k Covid-19.
Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara ini dan masih ingkar PKP walaupun jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 semakin meningkat.
Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Nabila Huda dimana Nabila memilih pendekatan berbeza untuk menasihati individu yang masih de gil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata, dia tidak menghalang orang ramai untuk keluar daripada rumah, malah dia mengajak mereka untuk pergi bercuti di hospital dan pen jara.
“Saya nak beritahu pada rakan yang suka keluar rumah dan tanpa sebab. Tidak mengapa, jangan duduk rumah. Jadi, saya nak ajak anda pergi bercuti dengan daftar masuk di hospital. Seronokkan?
“Sebab di sana nanti tentu ada vi rus. Doktor sun tik dengan jarum besar dan ambil da rah. Kemudian buat pemeriksaan ujian dari hidung sampai tekak. Ya, anda teruja nak ‘check in’ hospital?
“Nak beritahu juga pada kawan-kawan yang suka langgar perintah, tidak apa. Langgar saja. Pergi ja, benda kecil ja,” katanya Abil lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Abil menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman instagram miliknya.
Selain itu, Abil turut memberi gambaran sebenar berada dalam pen jara yang mewajibkan untuk mencuci tandas sendiri.
“Saya tahu semua rindu nak bercuti. Sebab itu saya ajak ‘check in’ di penjara. Menarik tau. Saya dengar cerita, di sana, masuk saja kena tukar baju ungu atau oren, kalau tak silap dan kena pakai selipar.
“Masuk dalam, keadaan bangunan usang, gelap. Masuk jel pula, tidak ada tilam, bantal, televisyen, telefon. Menarik kan?
“Tandas pun kongsi dan cuci sendiri. Tak pernah lagi tau bercuti cuci tandas sendiri. Saya pasti ibu bapa anda akan bangga sebab pandai cuci tandas sendiri. Jadi, kepada kawan-kawan saya, jangan duduk di rumah,” katanya lagi.
Perkongsian Abil itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengkutnya.
Sumber: Ig Nabila Huda
Leave a Reply Cancel reply