“Boleh La Pakai Sementara Ada Yang Baru” – Adam Corrie Tunjuk Cara Buat Mask Sendiri

Topeng muka merupakan antara keperluan wajib ketika ini apabila ingin keluar rumah kerana dapat mengelak daripada tersebarnya vi rus Covid-19 kepada orang ramai. Namu begitu, stok topeng muka sangatlah terhad pada masa ini dan sangatlah sukar untuk diperolehi.

Oleh hal yang demikian, Pelakon Adam Corrie telah berkongsi cara-cara membuat topeng muka sendiri hanya dengan menggunakan sapu tangan atau bandana sementara mendapatkan topeng muka yang baru.

“Lipat-lipat sapu tangan atau Bandana terus jadi topeng muka dalam beberapa saat je siap.

“Nak lebih bagus, masukkan tiga helai tisu dalam sapu tangan dan selepas diguna cuci seperti biasa.

“Bila dah habis topeng muka, boleh la pakai sementara ada yang baru,” tulisnya.
Perkara tersebut telah dikongsikan Adam menerusi video yang dimuat naik di laman instagram miliknya untuk tatapan umum.

 

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengikut instagramnya.

 

Sumber: Ig Adam Corrie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*