“Berhati-Hati Untuk Sesiapa Yang Pertama Kali Cuba” – Ain Edruce Kongsi Pengalaman Cuba Dalgona Coffee

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), pelbagai resepi v1ral muncul di media-media sosial antaranya ialah minuman Dalgona Coffee.

Pelakon Ain Edruce turut tidak ketinggalan mencuba minuman v1ral ini. Ain telah berkongsi pengalamanya dan suami pertama kali mencuba minuman ini di laman instagram miliknya.

Menurut Ain, dia dan suaminya, Amirul Hafizz telah mengalami kesan sampingan selepas mencuba minuman itu.

Ain turut berkongsi foto paparan skrin dari seorang indvidu yang mengalami se sak nafas, pu cat di bahagian kaki dan jantung berde gup laju selepas mencuba minuman itu.

“Khas untuk sesiapa yang nak cuba Dalgona Coffee, so kitorang ada cuba juga okay, @amirul_hafizz tak pernah minum kopi, dia pun cuba Dalgona, apa yang terjadi dekat Mirul lebih kurang sama dengan apa yang korang baca kat atas sebab dia tak pernah minum kopi.

“Saya dan @edila_edruce jadi macam apa korang tengok tu, hyper teruk,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Ain menasihati sesiapa yang belum mencuba minuman itu untuk berhati-hati.

“Berhati-hati untuk sesiapa yang nak cuba pertama kali okay,” tulisnya lagi.

Perkongsian Ain itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut instagramnya. Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama selepas mencuba minuman v1ral itu.

 

 

Sumber: Ig Ain Edruce

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*