Belum Terima Bantuan, Jemaah Tabligh Pikul Beras Hantar Kepada Artis Veteran

Sejak dilaksanakan pada 18 Mac lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia dari segi kewangan.

Malah ada yang terpaksa meminta bantuan dari pihak lain berikutan makanan keperluan di rumah sudah kehabisan.

Selain orang awam, kumpulan artis juga antara golongan yang terjejas kerana terpaksa duduk di rumah dan segala aktiviti hiburan terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Sehubungan itu, beberapa pihak telah tampil ke depan bagi membantu golongan yang terjejas ini bagi menghadapi tempoh PKP yag dijangka berakhir pada 14 April depan.

Semalam, artis yang kini bergerak aktif dalam jemaah tabligh, Azuan Mazlan telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada beberapa orang artis veteran yang kurang bernasib baik.

Antara artis yang menerima bantuan termasuklah penyanyi Shima dan Hail Amir serta pelakon Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Menurut Azuan, kebanyakan artis veteran hilang punca pendapatan sepanjang PKP ini berjalan dan hanya mengharapkan bantuan dari NGO dan rakan-rakan artis yang lain.

 

 

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*