Kira-kira 15-20 peratus rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak mematuhi arahan “self quarantine” selama 14 hari.
Oleh yang demikian, mulai esok rakyat negara ini yang kembali melalui semua pintu masuk sama ada laut, darat atau udara akan diwajibkan menjalani kuarantin di pusat-pusat yang disediakan kerajaan.
“Semua kemasukan, rakyat Malaysia akan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari.
“Apabila mereka sampai sahaja di pintu masuk dan melepasi pemeriksaan imigresen, mereka akan dibawa menggunakan bas khas yang disediakan untuk ke pusat kuarantin tersebut,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Katanya lagi, kebajikan semua mereka sepanjang berada di pusat kuarantin akan dijaga oleh satu pasukan petugas khas.
“Ada pasukan petugas khas yang akan menjaga makan minum mereka mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Sumber : cempedak cheese
Leave a Reply Cancel reply