PELAKON veteran, Roslan Salleh, 63, kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.
Roslan ketika dihubungi berkata, keadaannya yang kurang sihat sejak tiga tahun lalu membuatkan dia tidak lagi aktif berlakon.
“Saya s4kit sudah lama. Sebelum ini ada juga sesekali berlakon, tapi sejak usia makin meningkat dan keadaan kesihatan tak mengizinkan, saya memang tak larat nak kerja di lokasi penggambaran.
“Jadi, saya bersama isteri dengan dibantu anak-anak menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dimasak sendiri.
“Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik daripada pelanggan. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya.
Roslan bersama keluarga yang kini menetap di Melaka berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak begitu terganggu walaupun ketika ini dalam tempoh PKP.
“Tak adalah rasa terganggu sangat sebab penjualan kini dibuat di rumah. Siapa nak beli, datang rumah atau mana pelanggan duduk berdekatan, saya akan hantarkan. Kalau dahulu, sebelum PKP ada juga saya buat jualan di luar,” katanya.
Roslan berkata, penularan w4b4k cov1d-19 ketika ini adalah ujian Allah.
“Kita sebagai hamba-Nya kena banyak berdoa dan tetap berusaha mencari rezeki,” katanya.
Ditanya mengenai bantuan khusus untuk artis, Roslan berkata, dia melihat secara sesiapa yang rasa perlukan bantuan dan mahu, isi borang dan minta.
“Bagi golongan penggiat seni, prinsipnya mudah iaitu kepada yang ada, yang mampu dan yang mewah bantulah pada mereka (rakan artis) memerlukan. Namun, buat mereka yang kurang, yang kurang mampu dan yang kurang mewah , jangan pula terlalu meminta-minta.
“Benda-benda ini (bantuan) kena ikhlas dan jujur. Pada yang ada tu baguslah, ganjaran besar kalau membantu. Bagi yang tiada, jangan suka meminta,” katanya.
Memurut Roslan, mereka sendiri yang memilih kerjaya sebagai artis. Jadi, sepatutnya sudah ada perancangan dan perkiraan sebelum membuat keputusan,” katanya.
Mengakui tawaran berlakon ada tetapi disebabkan dia tidak sihat, Roslan perlu berfikir apa yang boleh dibuat untuk berusaha mencari rezeki.
Daging dendeng dijual dengan harga RM15 untuk 150 gram, sambal lado (RM10 untuk 100 gram) dan sambal hitam belimbing buluh (RM12 untuk 120 gram).
Sumber: cempedakcheese
Leave a Reply Cancel reply