“Satu Suap Kau Masukkan Ke Dalam Perut Orang Yang Lapar Lebih Baik Dari Membangun Seribu Masjid,” – Uyaina Arshad Kongsi Khutbah Syeikh Abdul Qadir Al Jilani

Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada berkongsi cebisan khutbah pendek daripada pendakwah terkenal, Sheikh Abdul Qadir Al Jilani.

Antara lain, khutbah itu menyebut akan kebaikan memberi makan kepada orang yang sedang dalam kelaparan.

Jelasnya, sedekah tersebut lebih baik daripada membangunkan seribu masjid, berpuasa sepanjang tahun dan berhijad melawan kek4firan.

“Khutbah paling pendek dari Syeikh Abdul Qadir Al Jilani;

“Satu suap kau masukkan ke dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu Masjid Jami’. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik dari berjihad melawan kek4firan dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas.

 

“Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, maka ia mempunyai cahaya matahari yang terang benderang. Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan kepada orang lapar.”

“Sungguh beruntung orang yang memberi makan pada orang yang lapar.” Be kind, always be kind,” Uyaina berkongsi petikan.

 

Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai komen dari pengikutnya.

 

 

Sumber: Ig Uyaina Arshad

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*