“Sebelah Tinggi Sebelah Rendah” Tok Ram Tunjuk Hasil Potong Rambut Sendiri!

Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS berkongsi sebuah video menunjukkan hasil dia memotong rambutnya sendiri.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya malam tadi.

Menurut Ramli yang mesra disapa Tok Ram itu, dia membuat keputusan untuk memotong rambutnya sendiri memandangkan tiada kedai gunting rambut yang dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup, buat sendiri lah, lepas tu salah potong.

“Aaahh telengkupkan semua lah..hahaha…sebelah tinggi sebelah rendah, kira seni lah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Tok Ram di ruangan komen.

Rata-rata mereka terhibur melihat gelagat suami kepada penyanyi Datin Alyah itu.

“Steady datuk…Handsome lagi tu!

“Ini baru Castello Tok.

“Adui cute lah datuk,” tulis netizen.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*