Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac yang lalu bagi menbendung penu1aran wab4k Covid-19.
Kesan daripada pelaksanaan PKP, ramai yang terjejas punca pendapatan terutamanya mereka yang bergaji hari. Tidak ketinggalan golongan nelayan juga tiada punca pendapatan sepanjang PKP kerana mereka tidak dapat turun ke laut.
“Jika tiada lauk, hanya makan nasi dengan garam atau roti dengan air kosong.”
Itulah rutin makanan harian seorang warga emas yang hidup sebatang kara di rumah pusakan usang di Kampung Nelayan, Kuala Kurau selepas berpisah dengan isteri dan anak.
lebih menyayat hati lagi, Saat Tapah yang kini berusia 69 tahun tidak lagi mampu berkerja sebagai nelayan berikutan masalah kesihatan dan faktor usia.
Saat mendedahkan bahawa dia hanya makan apa yang ada setelah tidak lagi dapat turun ke laut sejak dua tahun yang lalu disebabkan faktor usia dan masalah kesihatan yang dialaminya.
“Lepas tak turun ke laut, saya makan apa yang ada. Sekampit beras saya boleh bertahan selama sebulan, jika tiada lauk, saya hanya makan nasi dengan garam sahaja.
Tambah Saat lagi, jika kehabisan wang, dia , dia meminjam wang daripada kawannya untuk membeli roti.
“Bila duit tak ada, saya pinjam RM5 daripada rakan untuk membeli roti.
“Dalam dua tiga hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hanya makan tiga keping roti pada waktu pagi, petang dan malam dicicah air kosong,” katanya.
Saat ditemui media selepas menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan yang diserah secara peribadi oleh Pengerusi Bersatu Parit Buntar, Md Nayan Salleh, hari ini.
Cerita Saat lagi, dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang kini berusia lingkungan 30-an namun telah menghilangkan diri ketika berusia 16 tahun dan difahamkan sekarang berada di Ipoh.
Katanya, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak dan pernah mengisi borang namun tiada maklum balas.
Dalam pada itu anak saudaranya yang enggan nama disiar berkata, permohonan bantuan bapa saudara pernah dikemukakan beberapa kali kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah namun tiada maklum balas.
Menurutnya, pemimpin setempat juga sedia maklum perkara ini dan turut pernah membantu bapa saudaranya mengisi dan menghantar beberapa borang berkaitan bagi mendapatkan bantuan wajar, namun masih juga tiada sebarang keputusan.
“Diakui kehidupan bapa saudara agak susah selepas berce rai, namun kami tidak mengabaikannya, jika ada makanan lebih kami hantar dan jika s4kit kami akan merawatnya,” katanya.
Sementara itu, Md Nayan berkata, dia amat tersentuh melihat kehidupan warga emas itu dan tampil memberi sumbangan peribadi berbentuk wang tunai dan kelengkapan makanan.
Menurutnya, beliau akan cuba membantunya mendapatkan bantuan wajar.
“Dalam tempoh 14 hari arahan PKP ini, bukan lagi masa untuk menyalahkan sesiapa, kebajikan rakyat perlu diutamakan.
“Insya Allah secara peribadi saya bersedia 24 jam untuk membantu golongan sebegini dan sedia untuk turun padang meninjau dan membantu golongan memerlukan,” katanya.
Sumber: HM
Leave a Reply Cancel reply