Tiada Pengunjung, Zoo Negara Mohon Dana Selamatkan Haiwan

Umum tahu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini namun telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 bagi membendung penu1aran wab4k Covid-19.

Perintah ini telah menyebabkan orang ramai tidak dapat keluar rumah  jika tiada urusan penting.

Perkara ini turut memberi kesan kepada Zoo Negara kerana tiada kehadiran pelancong. Demi menampung kelangsungan hidup haiwan-haiwan yang berada dalam jagaan Zoo Negara, mereka telah memohon sumbangan berbentuk dana.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi berita dvka itu menerusi satu kicauan.

“Kesian Zoo Negara. Perlukan Dana untuk kelangsungan hidup haiwan dalam Zoo. Bila musim wab4k ni takde orang datang. Guys boleh sumbang bantuan untuk haiwan-haiwan dalam zoo Negara,” ujarnya.

Selain sumbangan dana, Zoo Negara turut memperkenalkan kempen haiwan angkat sebagai salah satu usaha bagi memastikan bekalan makanan, pervbatan dan pengurusan haiwan di sana dapat diteruskan.

Anda boleh memilih sama ada ingin memberi sumbangan secara sekali atau secara bulanan mengikut pakej yang disediakan.

Individu yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatatkan dengan nama haiwan yang dipilih.

Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah harimau bintang (Panjang), Singa (Samba), Orang Utan (Ben) dan Gajah (Sibol) dan banyak lagi.

Perkongsian pengguna twitter tersebut telah mendapat pelbagai reaksi pengguna twitter yang lain. Rata-rata wargamaya menyambut baik usaha ini dan ia sekali gus membuatkan mereka turut menderma.

Malah, bagi sesiapa yang menderma, mereka layak mendapat mininum satu tiket percuma dan hanya perlu menunjukkan bukti transaksi sumbangan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pihak Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau menerusi email di pr@zoonegaramalaysia.my.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*