KUALA LUMPUR: Bekalan vbat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat peny4kit lain, boleh digunakan dalam rawatan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis vbat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan D4dah.
Beliau berkata bekalan vbat-vbatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (vbat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19.
“Bagi vbat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – Covid-19’ yang mana vbat kajian tersebut akan digunakan.
“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi vbat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.
Dr Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk vbat-vbatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.
KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan vbat-vbatan adalah terjamin demi kepentingan pes4kit, katanya.
Sumber: BERNAMA via CempedakCheese
Leave a Reply Cancel reply