PM Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai RM250 Bilion,

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

Berikut antara bantuan yang diumumkan:

1 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir RM1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

3 –  Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.

4 – Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.

Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.

Laporan penuh menyusul

Sumbe: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*