Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penul4ran c0v1d-19, pihak PDRM dan juga ATM telah dikerah untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia dari sesuka hati keluar tanpa urusan penting.
Selain daripada pihak polis, tentera dan juga barisan frontliner yang merawat c0v1d-19 masih ada sesetengah sektor yang bekerja atas keizinan pihak kerajaan.
Beri makanan buat polis & tentera yang setia bertugas
Salah satunya adalah syarikat penghantaran makanan seperti Foodpanda yang masih berbakti untuk rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang tular di Twitter, beberapa orang pekerja penghantar makanan Foodpanda telah membuat kebaikan dengan menghantar makanan percuma kepada pihak polis yang bertugas menjaga lalu lintas.
Rider Foodpanda share rezeki dekat PDRM and ATM…semoga murah rezeki abg2 rider panda kita
#riderampang
.
.
Rt gaiss pic.twitter.com/pxaqqk44MJ— محمد افهام (@arefam02) March 24, 2020
Anda juga hero kami
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Twitter dikenali sebagai arefam02, jelas kelihatan mereka bergerak secara berkumpulan dengan motosikal sambil berhenti di beberapa pondok kawalan sambil menghulurkan makanan.
Tindakan murni mereka telah mendapat respon yang pelbagai oleh warganet yang sama-sama mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan pekerja Foodpanda.
Sumber : arefam02 via KLM
Leave a Reply Cancel reply